More

    OnePlus Nord 20 SE dilancar: Helio G35, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh berharga ~RM886

    Sebuah lagi telefon pintar OnePlus telah dilancarkan iaitu OnePlus Nord 20 SE yang muncul di AliExpress dan ia pada dasarnya mewakili pelancaran telefon pintar ini. Ia tidak mempunyai reka bentuk yang baharu kerana menggunakan telefon OPPO yang dijenamakan semula. Ia seperti OPPO A77 4G tetapi dengan logo dan perisian OnePlus.

    OnePlus Nord 20 SE merupakan telefon dalam segmen bajet serta tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Terdapat dua kamera di bahagian belakang peranti dan takuk titisan air di hadapan. Bezel kelihatan agak nipis namun bezel bahagian bawah lebih tebal.

    Penyenaraian itu juga menyebut bahawa ini adalah peranti versi global. Telefon ini dilengkapi MediaTek Helio G35, RAM 4GB dan storan 64GB boleh dikembangkan sehingga 1TB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan SUPERVOOC 33W. Untuk pengetahuan, palam pengecas disertakan dalam kotak.

    Pada bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50MP bersama-sama dengan kamera kedalaman 2MP. Pada bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 8MP. Peranti ini turut hadir dengan paparan LCD 6.56 inci, Android 12, OxygenOS 12.1, Bluetooth 5.2 dan menyokong sambungan 4G. Telefon ini berharga $199 (~RM886).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured