More

    HUAWEI MateBook D 16 dan MateBook 16s mula dijual di Malaysia, bermula RM3,699

    Selepas pelancarannya di Thailand pada bulan lepas, HUAWEI Malaysia kini menjual dua buah komputer riba MateBook baharu secara rasmi iaitu HUAWEI MateBook D 16 dan HUAWEI MateBook 16s. Ini adalah antara komputer HUAWEI yang tercanggih pada waktu ini dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tugas.

    HUAWEI MateBook D 16

    HUAWEI MateBook D 16 adalah sebuah komputer berprestasi tinggi yang dilengkapi skrin berukuran 16 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%, nisbah aspek 16:10 dan pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk pancaran cahaya biru yang selesa untuk mata pengguna.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core generasi ke-12 H-Series yang boleh dipilih antara i5-12450H atau i7-12700H, RAM 8GB atau 16GB, storan SSD 512GB dan sistem penyejukan HUAWEI Shark Fin.

    Untuk menaip, komputer ini mempunyai kekunci dengan jarak key travel 1.5mm dan rekaan lembut soft-landing untuk pengalaman yang lebih selesa.

    Berikut adalah varian harga untuk HUAWEI MateBook D 16 di Malaysia:

    Intel Core i5-12450H, RAM 8GB, SSD 512GB: RM3,699 (HUAWEI, Shopee)
    Intel Core i5-12450H, RAM 16GB, SSD 512GB: RM3,999 (HUAWEI, Shopee, Lazada)
    Intel Core i7-12700H, RAM 16GB, SSD 512GB: RM4,799 (HUAWEI, Shopee, Lazada)

    Pelanggan awal akan menerima beg HUAWEI CD60 dan perisian Microsoft Office Home & Student 2021 (bernilai RM529).

    HUAWEI MateBook 16s

    HUAWEI MateBook 16s pula adalah MateBook paling berkuasa setakat ini dan ditawarkan untuk mereka yang menginginkan prestasi lebih pantas untuk tugasan harian, dengan pemprosesan grafik Intel Iris Xe Graphics dan pengiktirafan Intel Evo. Pemproses Intel Core i7 12th Gen pula mempunyai turbo frequency sehingga 5GHz.

    "
    "

    Untuk skrin pula, ia mempunyai nisbah aspek unik iaitu 3:2, membuatkannya lebih tinggi berbanding skrin komputer konvensional yang mempunyai nisbah 16:9. Ia turut menawarkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% untuk sempadan bezel yang lebih nipis.

    Skrin ini turut boleh menghasilkan warna yang tepat, di mana ia mempunyai nilai sRGB 100% dan nilai Delta E lebih rendah daripada 1. Untuk memori, ia mempunyai RAM 16GB dan storan SSD 1TB.

    HUAWEI MateBook 16s akan dijual di Malaysia pada harga RM6,799 dan boleh dibeli di laman web rasmi HUAWEI, Shopee atau Lazada. Pelanggan awal akan menerima beg HUAWEI Stylish Backpack (bernilai RM499) dan perisian Microsoft Office Home & Student 2021 (bernilai RM529).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured