More

    Apple kembalikan ikon peratusan bateri pada iPhone dengan iOS 16

    Apple telah keluarkan beta pembangun iOS 16 yang kelima dengan menambah beberapa perubahan termasuk penunjuk peratusan bateri seperti yang dilihat di Twitter. Apple mengalih keluar ikon tersebut pada 2017 kerana reka bentuk takuk (notch) yang terdapat pada iPhone X dan kini, anda boleh melihat dengan peratus kuasa bateri yang tinggal pada iPhone tanpa menurunkan Pusat Kawalan (Control Center).

    Jika anda mendaftar dalam beta pembangun, anda boleh menambah penunjuk pada bar status anda dengan membuka menu Tetapan (Settings) dan klik pada bahagian Bateri. Anda akan melihat ikon baharu berlabel Peratusan Bateri (Battery Percentage). 

    Selain itu, saiz ikon adalah besar sedikit berbanding sebelumnya, akan bertukar hijau dan memaparkan simbol kilat di sebelah peratusan bateri ketika pengecasan serta bertukar kepada warna kuning apabila iPhone anda berada dalam mod kuasa rendah.

    Ciri ini tidak disediakan pada iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 dan iPhone 13 mini. Kami juga akan ambil perhatian bahawa kemungkinan ciri itu mungkin tidak masuk ke dalam keluaran akhir iOS 16. 

    Versi kemas kini Apple dijangka akan tiba pada akhir tahun ini di mana beberapa ciri yang menarik telah diumumkan pada WWDC (Worldwide Developers Conference) 2022 termasuk pilihan penyesuaian skrin kunci baharu, keupayaan untuk menyunting dan mengingat semula teks dalam iMessage serta pemberitahuan Live Activities.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured