More

    Xiaomi 12 Lite sah akan datang ke Malaysia, mungkin dilancar pada 18 Ogos 2022

    Xiaomi Malaysia secara rasmi mengenai memberitahu kehadiran Xiaomi 12 Lite di Malaysia tidak lama lagi selepas ia mendedahkan terdapat selebriti negara ini akan menjadi duta peranti tersebut. Ia akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook Xiaomi Malaysia di mana anda boleh meneka duta jenama dan berpeluang memenangi Redmi Watch 2 Lite.

    Ini bermakna peranti itu bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tambahan pula, Xiaomi Malaysia telah menjemput media tempatan ke acara pelancaran rasmi untuk rangkaian produk yang tidak didedahkan pada 18 Ogos 2022 dan salah satu mungkin 12 Lite.

    Sebelum ini, 12 Lite telah dilancarkan secara global oleh Xiaomi dan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 778G, RAM 6GB dan 8GB. Spesifikasi lain termasuk paparan AMOLED 120Hz 6.55 inci dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision, kamera utama 108MP + ultra lebar 8MP + makro 2MP, bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan sambungan 5G.

    Anda boleh sertai pertandingan meneka duta jenama Xiaomi 12 Lite dan ketahui lebih lanjut di halaman Facebook Xiaomi Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured