More

    Samsung Galaxy Z Flip4 5G dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1 dan skrin AMOLED 2X 6.7″ bermula RM4,099

    Selain Samsung Galaxy Z Fold4 5G, Samsung turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat yang lebih kecil iaitu Samsung Galaxy Z Flip4 5G. Dengan engsel yang lebih nipis, sisi yang lurus, kaca belakang dan bingkai logam berkilat, ia membawa reka bentuk yang eksklusif.

    Telefon ini mempunyai reka bentuk clamshell dengan skrin lipat Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.7 inci yang mempunyai resolusi HDR 10+ dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia turut mempunyai skrin luaran yang lebih kecil iaitu skrin AMOLED berukuran 2.1 inci besar sedikit berbanding Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Skrinnya dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus dan Ultra Thin Glass Design untuk ketahanan penggunaan dan lipatan skrin.

    Ia membawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Spesifikasi lain termasuk kalis air IPX8, sistem pengedalian OneUI 4.1 dan bateri 3,700mAh yang lebih besar dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 25W serta wayarles 10W. Bateri boleh meningkat sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit pengecasan.

    Daripada segi kamera, ia mempunyai dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 12MP dan ultra lebar 12MP manakala di bahagian hadapan membawa kamera swafoto 10MP. Pengguna boleh mengambil swafoto dalam Mod Potret dan melihat pratonton dalam nisbah foto sebenar apabila menggunakan Tangkapan Pantas. 

    Samsung Galaxy Z Flip4 5G membawa peningkatan fungsi dan mengoptimumkan penggunaan aplikasi pada skrin hadapan seperti Jam Istimewa Saya (My Special Clock), pilihan tema (Expanding Themes), lebih banyak kawalan widget, pemberitahuan dan perkhidmatan Samsung Pay Smart Wallet. Skrin 2.1 inci itu juga menyokong tangkapan gambar swafoto dan panggilan video dengan mod Flexcam. Di bawah merupakan harga dan warna untuk pasaran Malaysia:

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Flip4 5G:

    • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci
    • Skrin luaran AMOLED 1.9 inci
    • Cipset Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman UFS3.1 sehingga 512GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra lebar 12MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 3,700mAh
    • Rating kalis air IPX8
    • Perisian OneUI 4.1
    • Pilihan warna Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan biru

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut dan pembelian. Khas buat para pembaca TechNave, apabila anda ingin membuat pra-tempahan untuk telefon ini, anda boleh gunakan kod promosi TNGZF4VIP sewaktu pembayaran dan anda bole dapatkan pengecas Super-Fast Wireless Charger Duo (bernilai RM369) secara percuma. Promosi ini akan berlangsung sehingga 1 September 2022 dan tertakluk kepada stok.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured