More

    OPPO Watch 3 dan Watch 3 Pro dilancar: SD W5 Gen 1, bateri 400mAh bermula ~RM991

    Nampaknya, jenama OPPO juga tidak ketingglan dalam mengumumkan dua jam pintar baharunya, iaitu OPPO Watch 3 dan OPPO Watch 3 Pro. Ini merupakan peranti pertama yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon W5 Gen 1 (dirasmikan pada Julai lepas).

    OPPO Watch 3 hadir dengan skrin AMOLED 1.75 inci 372×430 dengan kaca 3D di bahagian atas, bateri 400mAh yang boleh di cas penuh dalam masa 60 minit, RAM 1GB, storan 32GB, Bluetooth 5.0, eSIM, NFC, kalis air 5ATM, GPS/Beidou /GLONASS/Galileo/QZSS dan coprocessor Apollo 4 Plus OPPO. 

    OPPO Watch 3

    Ia boleh bertahan selama empat hari dengan penggunaan penuh atau tiga hari jika anda menggunakan model LTE dan sepuluh hari untuk penggunaan biasa. Terdapat dalam warna Platinum Black dan Feather Gold dengan berat 31.9g tanpa tali.

    OPPO Watch 3 Pro pula mempunyai skrin AMOLED 1.91 inci 378×496 yang lebih besar iaitu LTPO. Baterinya berkapasiti 550mAh yang boleh bertahan selama lima hari atau empat dengan LTE dan 15 hari dengan mod cahaya. Ia bolej di cas penuh dalam masa 65 minit. Ia mempunyai warna Platinum Black dan Desert Brown seberat 37.5g tanpa tali.

    OPPO Watch 3 Pro

    Spesifikasi lain termasuk 100 mod senaman, 150 muka jam, pecutan, giroskop, sensor geomagnet, pemantau kadar jantung optik, sensor oksigen darah, sensor ECG, sensor cahaya ambien dan sensor tekanan udara.

    OPPO Watch 3 bermula pada CNY 1,499 (~RM991) dan Watch 3 Pro bermula pada CNY 1,899 ~RM1,255). Buat masa ini, tiada sebarang berita mengenai kehadiran peranti ini ke Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured