More

    vivo Y35 dilancar di Malaysia: Extended RAM 16GB, skrin 90Hz, cas pantas 44W berharga RM1,099

    Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu iaitu vivo Y35. Telefon ini dilengkapi rekaan menarik dan spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan umum.

    Telefon ini dilengkapi teknologi Extended RAM 8GB+8GB, yang bermaksud RAM asal 8GB dalam telefon ini boleh dibesarkan lagi sebanyak 8GB dengan menggunakan sebahagian storan dalaman, menjadikan RAM keseluruhannya kepada 16GB.

    Ia mempunyai rekaan dengan permukaan anti-silau (AG) di belakang, lengkungan sisi 2.5D dan ditawarkan dalam dua warna iaitu Agate Black dan Dawn Gold. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 680, bateri 5,000mAh dan pengecasan FlashCharge 44W yang boelh mengecas sebanyak 70% dalam masa 34 minit sahaja.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y35:

    • Skrin 6.58 inci dengan resolusi FullHD+ (2408×1080), kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 550 nits
    • Cipset Snapdragon 680
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan dengan Extended RAM sebanyak 8GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad memori sehingga 1TB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas FlashCharge 44W
    • Pembesar suara Hi-Res Audio
    • Kalis air IPX4, kalis debu IP5X
    • Pilihan warna Agate Black dan Dawn Gold
    • Harga: RM1,099

    Pra-tempahan akan dibuka pada 12 hingga 16 Ogos 2022 dan boleh dibuat di laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM547 termasuk baucar, beg silang, waranti lanjutan dan waranti perlindungan skrin.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured