More

    airasia food perkenalkan penghantaran makanan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang

    Hari ini, airasia food mengumumkan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang membolehkan pengguna menikmati hidangan yang dipesan dari seluruh negara, termasuklah Pulau Pinang, dan dihantar terus ke depan pintu mereka. Perkhidmatan ini akan mula disediakan di kawasan tertentu di Lembah Klang bermula 15 Ogos.

    Buka airasia Super App, klik pada ikon ‘Makanan’ (Food) dan mulakan pesanan. Anda mempunyai pilihan untuk memesan makanan sehingga 30 hari lebih awal. Antara pilihan hidangan yang disediakan melalui perkhidmatan tersebut termasuklah:

    Halal

    Tidak halal

    Semua makanan akan dimasak dan diterbangkan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu dengan bayaran penghantaran sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Tempahan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.

    Selain itu, airasia food turut menawarkan penerbangan percuma ke Langkawi untuk pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut sekurang-kurangnya 10 kali tertakluk kepada syarat berikut:

    • Lengkapkan 10 pesanan dengan perbelanjaan minimum RM25 setiap pesanan
    • Gunakan kod ‘FREEFLIGHT’ 
    • Tempoh promosi adalah dari sekarang hingga 31 Ogos 2022
    • Anda juga boleh mendapat 5x mata airasia
    • Tidak berkenaan dengan promosi lain
    • Penebusan adalah terhad, sementara stok masih ada
    • Tertakluk pada terma dan syarat yang lain 

    Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran makanan airasia food di Instagram, Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: airasia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...