More

    Siri vivo V25 dilancar: Telefon kelas pertengahan dengan AMOLED 120Hz, Dimensity 1300, 3 kamera

    vivo telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di India iaitu vivo V25 yang terdiri daripada vivo V25 dan vivo V25 Pro.

    vivo V25

    vivo V25 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.44 inci dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi FullHD+,sokongan untuk video HDR10+ dan pengimbas cap jari dalam skrin. Badannya ditawarkan dalam warna hitam Diamond Black, biru Aquamarine Blue dan emas Sunrise Gold.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Dimensity 900, RAM 8GB atau 12GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 4,500, pengecasan pantas 44W dan sistem operasi FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12.

    Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 64MP dengan penstabilan optikal, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP.

    vivo V25 Pro

    Sementara itu, vivo V25 Pro pula dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.56 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz, kamera swafoto dalam lubang tebuk dan sempadan bezel yang sangat nipis.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Dimensity 1300, RAM 12GB, storan dalaman 256GB, bateri 4,830mAh, pengecasan pantas 66W dan sistem operasi FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12. Ia akan menerima kemas kini utama Android selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun.

    Modul kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Buat anda yang berminat dengan siri peranti ini, ia bakal dilancar untuk pasaran Malaysia pada 29 Ogos 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured