More

    HONOR MagicBook 14, X 14 & X 15 dilancar di Malaysia: Intel Core i5-12500H Gen-12 bermula RM2,399

    Seperti yang diumumkan oleh HONOR Malaysia, MagicBook 14 telah dilancarkan di Malaysia bersama MagicBook X 14 dan MagicBook X 15.

    MagicBook 14 adalah komputer riba 14 inci dan mempunyai hayat bateri sehingga 15 jam untuk main balik video 1080p. Ia disokong oleh teknologi SuperCharge 100W yang boleh dicas sepenuhnya dalam masa 80 minit sahaja. Paparan FullView 14 inci peranti ini menyokong resolusi 2.1K, sRGB 100% dan TÜV Rheinland Low Blue Light Certified.

    Selain itu, ia menampilkan cipset Intel Core i5-12500H Generasi ke-12 dengan NVIDIA GeForce RTX 2050 yang berharga RM5,099 dan GPU Intel Iris Xe pada harga dan RM4,299.

    Anda boleh dapatkan peranti ini sempena pelancaran jualan bermula dari 27 Ogos untuk merebut hadiah percuma bernilai sehingga RM1,026 termasuk beg galas HONOR, HONOR Leather Laptop Sleeve, tetikus wayarles serta Microsoft Office Home & Students 2021 yang telah dipra-pasang.

    MagicBook X14 dan X15 pula adalah varian yang lebih rendah yang menampilkan cipset Intel Core i3 atau i5 Generasi ke-11 dan dapatkan beg galas percuma serta akses Microsoft Office Home & Student 2021 anda. Terdapat tiga varian iaitu:

    • MagicBook X 14 (Intel i3, 8GB + 512GB) – RM2599
    • MagicBook X 15 (Intel i5, 8GB + 512GB) – RM2899
    • MagicBook X 15 (Intel i3, 8GB + 256GB) – RM2399

    Ketahui lebih lanjut mengenai tablet ini di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured