fbpx
More

    Siri Doogee S89 dilancar: Cipset Helio P90, bateri 12,000mAh dan kamera 64MP bermula ~RM897

    Doogee S89 telah dilancarkan secara global di AliExpress dan Doogeemall dengan diskaun 50% untuk telefon pintar S89 dan S89 Pro. Doogee S89 Pro yang berharga $459.98 (~RM2,064) akan dijual pada harga diskaun $229.99 (~RM1,032) manakala S89 yang berharga $399.99 (~RM1,794) boleh dibeli dengan harga $199.99 (~RM897) di AliExpress. 200 pesanan pertama boleh mendapat tambahan kupon diskaun bernilai $10 (~RM44). Promosi ini akan berakhir pada 26 Ogos 2022.

    Siri S89 mempunyai bateri 12,000mAh dan seberat 400gms yang dipasang ke dalam sarung tebal 19.4mm. Peranti ini boleh bertahan sehingga tiga atau lima hari dengan penggunaan telefon aktif pada sekali pengecasan. Doogee S89 Pro adalah telefon pintar lasak pertama yang menyokong pengecasan pantas 65W di mana kuasa bateri boleh meningkat dari 0 hingga 100% dalam masa 2 jam. S89 pula dilengkapi dengan pengecas 33W.

    Daripada segi kamera, siri S89 menawarkan tri-kamera di bahagian belakang dengan sensor Sony di mana S89 Pro membawa kamera 64MP + 20MP + 8MP manakala S89 dilengkapi dengan kamera 48MP + 20MP + 8MP. Kedua-dua telefon ini menampilkan kamera utama, sensor penglihatan malam 20MP dan sensor ultra lebar 8MP yang membantu pada pelbagai jenis persekitaran dan pencahayaan.

    Siri S89 dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio P90 di mana S89 Pro menampilkan konfigurasi 8GB + 256GB. Kedua-dua telefon hadir dengan rating kalis air IP68 dan IP69K serta pensijilan MIL-STD-810H. Sepsifikasi lain termasuk fungsi NFC, Android 12 OS, pengecasan berbalik (reverses charging) dan butang tersuai.

    Satu perkara yang menjadikan siri ini unik adalah cahaya RGB yang diiklankan sebagai “cahaya pernafasan”. Warna, corak dan kelajuan boleh diubah suai mengikut keinginan anda. Cahaya pernafasan ini turut berfungsi apabila panggilan masuk, pemberitahuan dan diselaraskan dengan muzik yang dimainkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X