More

    HUAWEI FreeBuds Pro 2 dilancar di Malaysia: ANC dan bateri tahan sehingga 30 jam berharga RM899

    Hari ini, HUAWEI Malaysia baru sahaja melancarkan HUAWEI FreeBuds Pro 2 dalam pasaran Malaysia. HUAWEI FreeBuds Pro 2 mempunyai sistem bunyi “Ultra-hearing True Sound Dual Driver” yang bijak menyelaraskan dua pemacu untuk prestasi audio terbaik daripada julat 14Hz hingga 48Khz.

    Dilengkapi dengan teknologi Triple Adaptive EQ, FreeBuds Pro 2 boleh menala audio secara automatik mengikut struktur saluran telinga, postur pemakaian dan tahap kelantangan untuk bunyi yang terbaik. Ditambah dengan protokol codec audio resolusi tinggi LDAC, pengalaman audio dioptimumkan untuk pengguna bagi pengalaman mendengar definisi ultra tinggi.

    FreeBuds Pro 2 juga diperakui dengan Pensijilan Wayarles Audio HWA dan Hi-Res serta Pembatalan Bunyi Aktif (ANC). Terdapat juga Sistem ANC Triple Mic yang meningkatkan purata kedalaman ANC sebanyak 15% daripada model sebelumnya.

    Berdasarkan sistem Pembatalan Bunyi Panggilan 4 mikrofon dan algoritma pembatalan hingar rangkaian saraf dalam (DNN) HUAWEI, ia boleh menangkap suara ketika mod pembatalan hingar dengan tepat. Ia juga menampilkan Intelligent Dynamic ANC 2.0 yang boleh mengenal pasti persekitaran dan memilih mod pembatalan hingar yang sesuai yang menghilangkan hingar.

    Dengan ANC dimatikan, ia boleh bertahan sehingga 6.5 jam masa main balik dan 30 jam dengan bekas pengecasan. Perlu dinyatakan bahawa ia juga mempunyai sokongan pengecasan berbalik dan penarafan kalis percikan air IP54.

    Ia kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM899 dalam warna Silver Blue, Ceramic White dan Carbon Black. 1000 pelanggan pertama layak mendapatkan sarung pelindung FreeBuds Pro 2 dan akses HUAWEI Music Premium percuma selama 3 bulan.

    Pengguna HUAWEI sedia ada layak menebus baucar bernilai RM100 melalui Aplikasi MyHUAWEI yang boleh digunakan untuk membeli FreeBuds Pro 2 di mana-mana HUAWEI Experience Store atau Laman Web Rasmi HUAWEI sehingga 11 September 2022.

    Tambahan, bermula dari 25 Ogos hingga 11 September 2022, pengguna boleh mengambil bahagian dalam aktiviti “Bop to the Beat” dan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk FreeBuds Pro 2, HUAWEI Sound Joy dan FreeBuds SE.

    "
    "

    Anda kini boleh melawati laman rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee atau Gedung Utama HUAWEI di Lazada dan dapatkan Freebuds Pro 2. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga wayarles ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured