More

    Mark Zuckerberg sah bakal lancarkan set kepala Meta VR Oktober ini

    Meta sedang bersedia untuk mendedahkan set kepala VR baharu pada bulan Oktober ini seperti yang disahkan oleh Mark Zuckerberg sendiri. Ia mungkin dilancarkan pada acara tahunan Connect yang juga berlangsung pada Oktober tahun lalu.

    Maklumat itu didedahkan pada podcast The Joe Rogan Experience. Walaupun Zuckerberg tidak menyebut nama set kepala secara khusus, penerangan yang dibuatnya sejajar dengan laporan tentang set kepala yang diberi nama kod “Project Cambria”.

    Dalam laporan sebelum ini, pekerja Reality Labs menyifatkan set kepala baharu itu sebagai “komputer riba untuk muka” atau “Chromebook untuk muka.” Ia dilaporkan akan mempunyai kamera menghadap ke luar yang membolehkan pengalaman realiti campuran.

    Tambahan, ia akan mempunyai keupayaan untuk membenarkan avatar pengguna dalam metaverse untuk mencerminkan ekspresi mereka dan menunjukkan di mana mereka melihat dalam kehidupan sebenar.

    Zuckerberg telah mengesahkan ciri tersebut pada podcast dengan menyebut bahawa set kepala itu sememangnya membenarkan hubungan mata dalam realiti maya dan ia akan dapat menterjemahkan ekspresi pengguna dalam masa nyata kepada avatar mereka.

    Walaupun tiada apa-apa yang dikongsi mengenai harga, sumber itu mencadangkan bahawa ia mungkin lebih mahal daripada Quest 2 dengan melebihi 1000 USD (~RM4,468). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured