More

    Spesifikasi lengkap Snapdragon 6 Gen 1 tertiris, sokong 5G, USB 3.1 dan RAM LPDDR5

    Tahun lepas, Qualcomm melancarkan cipset Snapdragon 8 Gen 1 bersama-sama dengan Snapdragon 7 Gen 1. Syarikat itu kemudiannya melancarkan cipset andalan Snapdragon 8+ Gen 1. Ini adalah cipset terbaharu berdasarkan nod 4nm yang canggih dan masing-masing bertujuan untuk telefon pintar kelas andalan dan pertengahan.

    Kini, nampaknya syarikat itu sedang mengusahakan cipset untuk telefon segmen pertengahan berasaskan 4nm baharu yang akan menggantikan siri cipset Snapdragon 600. Sumber telah berkongsi spesifikasi dan ciri lengkap Snapdragon 6 Gen 1 akan datang yang berkemungkinan akan menggantikan cipset Snapdragon 695.

    Menurut dokumen yang terdedah, Snapdragon 6 Gen 1 4nm akan datang dengan nombor model SM6450. Ia akan mempunyai CPU Qualcomm Kyro dengan kelajuan jam sehingga 2.2GHz, sokong USB 3.1 dan sehingga RAM LPDDR5 12GB dengan kadar jam sehingga 2750MHz. Tambahan, terdapat modem Snapdragon X62 5G yang menawarkan jalur 5G mmWave dan sub-6GHz.

    Peranti yang datang dengan cipset baharu ini akan menawarkan resolusi FHD+ pada kadar penyegaran 120Hz. Selain WiFi, ia akan mempunyai Qualcomm FastConnect 6700 WiFi 6E dan Bluetooth 5.2.

    Cipset ini juga menyokong peranti yang mempunyai tiga kamera dengan 13MP, kamera berkembar dengan 25MP + 16MP dan satu kamera dengan 48MP. Tangkapan video hadir dengan resolusi HDR 4K pada 30FPS serta video Slow-mo pada resolusi 270p dan 240FPS.

    Ketirisan itu tidak mendedahkan waktu pelancaran untuk cipset baharu, namun kami boleh menjangkakan ia akan diumum dalam beberapa bulan akan datang bersama-sama dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured