More

    Twitter akan benarkan pengguna dengar “podcast” dalam aplikasinya

    Twitter merupakan sebuah platform media sosial yang amat terkenal dalam perkongsian blog mikro dan catatan pendek, dan kini syarikat itu bakal mengorak langkah ke dalam industri audio siar (podcast) pula.

    Twitter akan menyepadukan audio siar ke dalam ruang Spaces Tab bagi membantu para pengguna berkongsi lebih banyak kandungan audio dalam platform tersebut. Sebelum ini, Spaces telah pun digunakan untuk berkongsi klip-klip audio pendek dan kini fungsi audio siar akan membenarkan pengguna untuk berkongsi fail audio yang jauh lebih panjang.

    Kandungan audio dalam ruang Spaces akan disusun mengikut kategori-kategori tersendiri seperti Berita, Muzik, Sukan dan lain-lain. Pengguna boleh pilih sendiri topik yang digemari atau menekan butang thumbs up/thumbs down untuk menilai kualiti sebuah audio siar.

    Pengguna juga akan diberi cadangan audio siar berdasarkan aktiviti dalam Twitter. Sebagai contoh, jika seorang pengguna sering berinteraksi dengan akaun Twitter Vox Media, beliau akan melihat cadangan audio siar yang dihasilkan oleh akaun-akaun Vox Media.

    Adakah anda berminat dengan audio siar dalam Twitter? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured