More

    Samsung lancarkan S20 edisi Iron Man di China, dijual pada harga bermula ~RM4.4k

    Terbaru, Samsung telah melancarkan sebuah edisi khas untuk siri telefon flagship-nya, Samsung Galaxy S20 5G, untuk pasaran China iaitu Iron Man Edition. Edisi ini boleh didapati untuk telefon Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.

    Ia akan dijual dalam kotak bewarna merah yang dihiasi ukiran Tony Stark serta Stark Industries di sekelilingnya. Di dalam pakej istimewa itu, terdapat sebuah casing bewarna hitam dan merah dengan tandatangan Tony Stark, sepasang earbuds khas, serta sebentuk cincin yang merupai Arc Reactor pada sut besi Iron Man. Manakala telefon S20 yang terdapat dalamnya pula dilengkapi tema Iron Man seperti latar belakang (wallpaper) dan nada dering khas.

    Galaxy S20 5G Iron Man Edition akan dijual pada harga CNÂ¥6,999 (~RM4,334) untuk varian RAM 12GB dan storan 128GB, manakala untuk S20+ 5G pula dijual pada harga CNÂ¥7,999 (~RM4,954) untuk varian memori yang sama. Untuk S20 Ultra, ia hadir dengan warna hitam dan kelabu serta dijual dalam varian memori RAM 12GB + 256GB (CNÂ¥9,999 / RM6,192) dan RAM 16GB + 512GB (CNÂ¥12,999 / RM8,050).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melihat produk istimewa ini dijual dalam pasaran Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured