More

    Xiaomi 12S Ultra versi global bakal dilancarkan tidak lama lagi

    Siri Xiaomi 12S telah dilancarkan di China pada bulan lepas. Peranti yang menampilkan sistem kamera Leica sudah menjadi popular di dan kini terdapat khabar angin mengatakan bahawa Xiaomi 12S Ultra akan di bawa ke pasaran global. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun menulis tweet mengenai Ultra seterusnya tetapi kami tidak pasti sama ada peranti ini adalah pengganti berpotensi kepada Xiaomi 12S Ultra atau versi telefon yang sama. Walau bagaimanapun, siri Xiaomi 13 berkemungkinan akan dilancar menjelang akhir tahun ini. 

    Banyak pasaran dari negara-negara lain menunggu ketibaan 12S Ultra kerana ia membawa kualiti yang bagus. Ia memaparkan skrin LTPO 2.0 AMOLED 6.73 inci dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4,860mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 67W.

    Tambahan pula, terdapat tri-kamera di belakang dengan penderia Sony IMX989 yang berfungsi sebagai kamera utama, disertai dengan lensa sudut ultra lebar 48MP dengan luas gambaran 128 darjah dan lensa telefoto 48MP dengan pembesaran 120x dan OIS.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured