More

    Siri vivo V25 dilancar di Malaysia: Rekaan berubah warna, cas pantas 44W, kamera OIS 64MP bermula RM1,399

    Pada hari ini, vivo Malaysia melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo V25 yang terdiri daripada vivo V25 5G dan vivo V25e. Seperti telefon dalam siri vivo V sebelum ini, ia menampilkan rekaan menarik dengan permukaan Kaca Fluorite AG yang boleh berubah warna apabila ia didedahkan kepada cahaya ultra-ungu (UV).

    Warna Aquamarine Blue pada vivo V25 boleh berubah daripada warna biru kepada hijau, manakala warna Sunrise Gold pada vivo V25e dan vivo V25 boleh berubah daripada emas kepada jingga. Ia turut ditawarkan dalam satu lagi warna yang lebih gelap iaitu hitam Diamond Black.

    Kedua-dua vivo V25 dan V25e mempunyai kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) untuk penghasilan gambar dan video 4K yang lebih stabil. Ia turut menawarkan Bokeh Flare Portrait yang menghasilkan gambar potret dengan latar belakang yang lebih kemas.

    vivo V25 mempunyai beberapa ciri yang tidak terdapat pada vivo V25e, seperti Super Night Mode, Natural Portrait Video Mode, Vlog Movie Mode, Multi-Style Portrait dan Motion Blur.

    Selain itu, V25e mempunyai kamera swafoto 32MP manakala vivo V25 mempunyai kamera swafoto 50MP.

    Daripada segi prestasi pula, vivo V25 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900, RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB lagi, pengecasan pantas 44W FlashCharge dan bateri 4,500mAh.

    Sementara itu, vivo V25e mempunyai cipset MediaTek Helio G99 dan storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 1TB, manakala spesifikasi lain pula serupa dengan vivo V25.

    vivo V25 akan dijual pada harga RM1,799 manakala vivo V25e akan dijual pada harga RM1,399. Anda boleh membelinya di laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. Anda juga boleh membelinya di kedai konsep vivo atau pengedar sah.

    "
    "

    Khas untuk mereka yang membeli vivo V25 sebelum 2 September 2022, mereka akan menerima beg kulit (bernilai RM129), jaminan lanjutan selama setahun (bernilai RM199) dan perlindungan skrin retak selama satu tahun (bernilai RM249).

    Untuk mereka yang membeli vivo V25e sebeulm 2 September pula, anda akan menerima pembesar suara Bluetooth, payung, jaminan lanjutan selama setahun (bernilai RM199) dan perlindungan skrin retak selama satu tahun (bernilai RM249).

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli vivo V25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured