More

    iPhone 14 Pro bakal sokong cas pantas 30W, palam pengecas dijual secara berasingan

    Pada bulan Mac lalu, penganalisis meramalkan bahawa Apple akan memperkenalkan pengecas GaN 30W tahun ini. Kini, salah satu sumber yang dipercayai melaporkan bahawa kilang yang tidak didedahkan namanya sedang menghantar pengecas 30W baharu untuk ditunjukkan kepada media bagi ujian pada siri iPhone 14 Pro yang akan datang.

    Salah satu laporan juga mendedahkan bahawa 14 Pro dan 14 Pro Max hanya akan mengecas pada 30W buat seketika sebelum turun kepada 27-25W. iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max masing-masing pula mengecas pada kadar 23W dan 27W. Ia mungkin akan menjadi isu melainkan Apple perlu menyelesaikan masalah ini.

    Apple sudah menjual beberapa pengecas GaN termasuk bata kuasa (power brick) 140W untuk MacBook Pro 16 inci baharu dan pengecas dwi 35W yang dilancarkan bersama M2 MacBook Air baharu. Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti ini menggunakan kabel USB C-to-C manakala siri iPhone 14 masih menggunakan port jenis Lightning.

    Ia mungkin siri terakhir menggunakan port Lightning untuk mengecas sebelum bertukar sepenuhnya kepada USB-C atas peraturan yang ditetapkan oleh EU. Beritahu kami di Facebook jika anda akan berminat siri Apple iPhone 14 terbaharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured