More

    Sony secara rasmi umum sedang bangunkan platform “gaming” untuk Android dan iOS

    Sony hari ini mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk mula menghasilkan game bagi peranti iOS dan Android selepas kejayaan pemerolehan Savage Game Studios. Selain itu, gergasi teknologi Jepun itu juga mendedahkan bahawa ia telah mencipta PlayStation Studios Mobile Division Studios yang turut akan disertai oleh Savage Game Studios.

    Dalam catatan blog, Sony berkata bahawa usaha membangunkan game mudah alih tidak akan memberikan apa-apa kesan pada pembangunan gaming konsol. Bahagian pembagunan game mudah alih akan menjadi tambahan kepada cara baharu pengguna untuk mencapai kandungan PlayStation serta menjangkau pengguna baharu yang tidak biasa dengan PlayStation dan game-nya.

    Savage Game Studios disebut-sebut oleh Sony sebagai sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun membuat beberapa game mudah alih yang popular. Malah, pengasas Savage Game Studios telah bekerja dengan syarikat seperti Rovio, Zynga dan Wargaming.

    PlayStation Studios Mobile Division akan beroperasi secara bebas daripada pasukan konsol Sony. Ia akan memberi tumpuan kepada inovatif dan pengalaman gaming dalam perjalanan (on-the-go) berdasarkan IP PlayStation baharu dan sedia ada. Pada masa ini, bahagian itu sedang mengusahakan game AAA atas talian yang masih belum diumumkan.

    Apakah pendapat anda tentang langkah Sony ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SONY

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured