More

    Eropah mahu hayat bateri dan alat ganti telefon yang lebih baik daripada pengeluar telefon

    Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah (EU) ingin menukar semua peranti menggunakan port USB-C. Kini, mereka telah memutuskan untuk melaksanakan satu lagi penguatkuasaan dalam hayat bateri dan alat ganti telefon serta tablet yang lebih baik. Menurut sumber, draf cadangan telah pun diterbitkan minggu ini.

    Jika inisiatif itu diluluskan, pengeluar telefon perlu membekalkan sekurang-kurangnya 15 alat ganti yang berbeza memudahkan profesional membaiki peranti untuk lima tahun pertama sebelum tamat tempoh. Selain itu, EU juga mahu pengguna mendapat jaminan akses kepada bateri gantian, paparan, pengecas, penutup belakang dan dulang kad SIM untuk tempoh yang sama.

    Draf cadangan EU juga bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon Eropah. The Financial Times berkata bahawa memanjangkan kitaran hayat telefon selama lima tahun adalah bersamaan dengan mengalih keluar 5 juta kereta. Ia mungkin kelihatan seperti keterlaluan tetapi perkara utama adalah untuk mengurangkan e-waste sebanyak mungkin.

    Sekiranya pengeluar telefon tidak dapat memenuhi cadangan membekalkan bateri kepada pengguna selama lima tahun, maka mereka perlu lulus ujian ketahanan bateri. Ini bermakana peranti mesti mempunyai kapasiti bateri 80% selepas 1000 kitaran cas penuh serta menyediakan kemas kini perisian yang tidak menjejaskan hayat bateri.

    Walau bagaimanapun, telefon dan tablet dengan panel skrin fleksibel atau ciri keselamatan tinggi tidak tertakluk dalam inisiatif ini. Label tenaga baharu pada peranti juga boleh diperkenalkan jika cadangan itu diluluskan untuk hayat bateri, ketahanan terhadap air, habuk dan titisan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured