More

    USB4 Versi 2.0 dalam pembangunan, kadar pindahan data mungkin capai sehingga 80Gb/s

    Terdapat laporan mengatakan USB4 Versi 2.0 sedang dalam pembangunan. Ia dikatakan akan memberi dua kali ganda kelajuan spesifikasi USB4 dan kabel USB-C semasa. Ia akan menyokong operasi sehingga 80Gb/s pada kedua-dua kabel pasif USB-C 40Gb/s dan kabel aktif 80Gb/s yang baru ditakrifkan. 

    Spesifikasi telah diumumkan hari ini oleh Kumpulan Promoter USB yang terdiri daripada Apple, Microsoft, Intel, HP, STM dan lain-lain. Spesifikasi USB Type-C dan penghantaran kuasa USB akan dikemas kini untuk membolehkan data USB 3.2, DisplayPort dan PCIe berprestasi lebih tinggi.

    Spesifikasi USB4 yang dikemas kini akan termasuk yang berikut:

    • Operasi sehingga 80 Gbps berdasarkan seni bina lapisan fizikal baharu menggunakan kabel pasif USB Type-C 40 Gbps sedia ada dan kabel aktif USB Type-C 80 Gbps yang baru ditakrifkan
    • Kemas kini data dan protokol paparan untuk penggunaan jalur lebar yang lebih baik
    • Kemas kini seni bina data USB membolehkan data USB 3.2 melebihi 20 Gbps.
    • Untuk diselaraskan dengan versi terkini DisplayPort dan PCIe.
    • Keserasian ke belakang dengan USB4 Versi 1.0, USB 3.2, USB 2.0 dan Thunderbolt 3.

    Kumpulan Promoter USB mengatakan bahawa spesifikasi yang dikemas kini dijangka akan diterbitkan lebih awal daripada acara pembangun USB DevDays pada bulan November. 

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured