More

    K-KOMM: Ambil langkah ofensif, defensif dan advokasi untuk tangani isu keselamatan siber

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah ofensif, defensif dan advokasi bagi menangani isu keselamatan siber yang melanda negara kita. Tan Sri Annuar Musa mendedahkan K-KOMM akan melihat kepada teknologi yang ada di negara lain untuk membendung jenayah siber.

    Langkah yang akan diambil kerajaan termasuk penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selain itu, pasukan petugas juga akan ditubuhkan untuk melihat aspek pensijilan baharu terutamanya yang berkaitan dengan undang-undang keselamatan siber.

    Kadar denda juga akan dikaji semula untuk setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kerajaan sedang berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia berkaitan keselamatan siber negara dan mengembangkan ekonomi berasaskan digital yang lain. Sehubungan itu, seramai 30 individu dilantik sebagai pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi mewujudkan pelbagai program bermanfaat kepada masyarakat.

    Menteri K-KOMM itu turut mengesahkan Kementerian Kewangan (MOF) dan jawatankuasa peringkat kebangsaan telah bersetuju mengenai keperluan bajet supaya teknologi yang sesuai dapat digunakan untuk menangani isu keselamatan siber negara. 

    Selain itu, Annuar menegaskan beliau sedang berkomunikasi dengan rakan sejawatannya di negara jiran di ASEAN untuk perkongsian data rentas sempadan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured