More

    Penerima Peranti Siswa tidak perlu pulang semula tablet

    Kesemua 400,000 penerima tablet Keluarga Malaysia Peranti Siswa diberikan secara percuma dan tidak perlu dikembalikan. Berucap pada pelancaran inisiatif itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memutuskan perkara ini bagi mengiktiraf kerja keras serta memberi motivasi kepada penerima untuk belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh markah cemerlang dalam peperiksaan mereka.

    Justeru, pelajar tidak perlu menerima tablet tersebut dalam bentuk pinjaman dan memulangkan peranti itu selepas tamat pengajian. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad serta 450 pelajar yang merupakan antara ribuan penerima kumpulan pertama inisiatif tersebut.

    Sebelum ini dilaporkan bahawa penerima di bawah inisiatif itu akan mendapat tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE. Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar daripada keluarga B40 di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA), politeknik serta kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

    Inisiatif itu kemudiannya diperluaskan kepada pelajar dalam empat kategori lain iaitu mereka dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan, kursus asasi di universiti awam, pelajar Tingkatan Enam pada semester pertama dan kedua serta pelajar diploma Kolej Vokasional.

    Pada majlis sama, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pakej Internet mampu milik Keluarga Malaysia Remaja selama-lamanya yang sepatutnya berakhir bulan depan. Beliau berharap lebih ramai belia dan pelajar dapat melanggan pakej tersebut berikutan keputusan ini.

    Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan juga akan memperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia ke lebih banyak institusi pengajian tinggi. Ini adalah bagi melindungi dan menjaga kebajikan pelajar. Pelanjutan program ini juga akan membantu meringankan beban pelajar terhadap inflasi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured