More

    ASUS ROG Phone 6D Ultimate akan miliki sistem penyejukan terbaik, bakal dilancar 19 September ini

    ASUS secara rasmi akan memperkenalkan ROG Phone 6D Ultimate pada 19 September ini dan menurut khabar angin lepas, ia akan turut disertai oleh ROG Phone 6D. Jenama itu telah mengesahkan bahawa varian Ultimate akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9000+.

    ROG sekali lagi mengacah dengan mendedahkan bahawa ROG Phone 6D Ultimate akan mempunyai sistem penyejukan yang paling canggih di mana ia membolehkan aliran udara tidak seperti mana-mana ROG Phone yang pernah dihasilkan.

    ROG Phone 6D juga berkemungkinan menggunakan beberapa jenis cipset MediaTek seperti Dimensity 9000+ yang sama atau versi bukan “+”. Tetapi kami mengandaikan bahawa “D” dalam nama itu bermaksud “Dimensity”.

    Berdasarkan rupa yang kami lihat dalam ketirisan tersebut, kedua-dua model iaitu ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate menggunakan cipset Dimensity. Namun, cipset Dimensity yang digunakan perlulah berkuasa seperti Qualcomm Sanpdragon 8+ Gen 1 yang terdapat pada ROG Phone 6 Pro.

    Semuanya akan didedahkan secara rasmi dalam masa lebih dua minggu. Sementara itu, ASUS mungkin mengeluarkan beberapa pengacah baharu dan kami akan berkongsi dengan anda maklumat terkini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured