More

    Beberapa model iPhone 14 mungkin dilancar tanpa slot kad SIM fizikal

    Menurut Mark Gurman di Bloomberg, Apple mungkin akan melancarkan beberapa model iPhone tanpa slot kad SIM menjelang tahun depan dan langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha Apple ke arah eSIM.

    Beliau turut mengatakan slot kad SIM masih terdapat pada beberapa model iPhone 14 yang dijangka akan diumumkan pada 8 September 2022 dan terdapat kemungkinan juga perubahan itu tidak akan berlaku sehingga iPhone 15 tahun depan. 

    Seperti yang dikatakan Gurman, Apple merancang bertukar kepada pada eSIM untuk pengguna membiasakan diri ke arah kad SIM terbenam digital dan bukannya fizikal. Bukan itu sahaja, Apple telah mempertimbangkan untuk mengalih keluar slot kad SIM fizikal sama ada bermula tahun ini atau masa hadapan untuk beberapa model.

    eSIM adalah SIM digital yang membolehkan pengguna mengaktifkan pelan selular tanpa menggunakan kad nano-SIM fizikal. Namun, beberapa negara masih belum menggunakan teknologi eSIM, maka beberapa model iPhone dengan slot kad SIM mungkin kekal untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun sepanjang perubahan.

    Jika dilihat balik, pengguna iPhone 13 boleh mengaktifkan pelan selular melalui eSIM dengan menghidupkan iPhone, menyambung ke rangkaian Wi-Fi dan mengikuti arahan pada skrin. Model iPhone 13 juga menyokong berbilang profil eSIM membolehkan pengguna melanggan beberapa pelan selular secara digital.

    Dengan binaan eSIM, ini dapat membantu meningkatkan lagi kalis air iPhone dan mungkin memberikan sedikit ruang di dalam peranti. Apple dijangka mengumumkan barisan iPhone 14 di Steve Jobs Theater pada hari Rabu ini. Produk lain mungkin termasuk Apple Watch Series 8, Apple Watch SE baharu, Apple Watch Pro dan AirPods Pro baharu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured