More

    AirPods Pro generasi kedua dengan cip H2 mungkin dilancar bersama barisan iPhone 14

    Apple akan menganjurkan acara khas di Steve Jobs Theater pada hari Khamis, 1 pagi ini untuk memperkenalkan iPhone 14, Apple Watch Series 8 dan banyak lagi. Menurut Mark Gurman, beliau menjangkakan Apple akan mengumumkan AirPods Pro generasi kedua semasa acara tersebut. Gurman tidak menyatakan tarikh tempahan dan maklumat harga peranti tersebut.

    AirPods Pro yang bakal dilancarkan ini dkhabarkan membawa beberapa ciri baharu termasuk cip H2 dengan kualiti audio yang dipertingkatkan, hayat bateri yang lebih lama, sarung pengecas baharu dengan sokongan Find My, peningkatan pengesanan dalam telinga, keupayaan penjejakan kecergasan dan banyak lagi. 

    AirPods Pro baharu juga mungkin menyokong spesifikasi LE Audio Bluetooth yang membantu AirPods menyambung ke peranti lain seperti iPhone dan Mac secara serentak.

    Pada tahun 2020, Gurman dan Debby Wu melaporkan bahawa Apple sedang menguji reka bentuk untuk AirPods Pro baharu tanpa batang di bawah fon telinga seperti Beats Studio Buds. Walau bagaimanapun, khabar angin baru-baru ini tidak menunjukkan sebarang perubahan reka bentuk yang ketara bagi AirPods Pro generasi kedua ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured