More

    Hisense PX1-Pro dilancarkan di Malaysia: TV pintar laser bermula RM14,999

    Hisense Malaysia pada hari ini telah melancarkan TV laser beresolusi 4K baharu yang beroperasi berasaskan Android TV 10. Hisense PX1-Pro menampilkan Dolby Vision HDR dan dilengkapi dengan enjin cahaya TriChroma. Projektor Hisense PX1-Pro boleh mengeluarkan pancaran antara 90 inci sehingga 130 inci.

    Ia adalah projektor pawagam yang juga boleh berfungsi sebagai TV pintar. Ia mencipta imej yang diperlukan apabila diletakkan di antara 27cm dan 49cm dari dinding. Ia juga boleh menyokong sehingga 2,200 Lumen dan nisbah kontras 1,000,000:1. Pengurangan kabur gerakan MEMC juga disokong dan projektor mempunyai nisbah pancaran 0.25:1.

    PX1-Pro dikuasakan oleh set cip DMD. Pakej ini termasuk pembesar suara stereo 30W dan alat kawalan jauh suara. Komponen lain ialah antena RF, sambungan audio optik, dua port HDMI 2.1 dan dua port USB-A. Projektor bertahan degan kitaran lebih 25,000 jam.

    Ini bermakna anda boleh menggunakan peranti sehingga 9 tahun dengan purata penggunaan harian selama 8 jam. Alat kawalan jauh suara mempunyai pintasan untuk Google Assistant, YouTube, Tubi, Prime Video dan Disney+. Sokongan Dolby Vision HDR menurut Hisense akan tiba pada musim panas melalui kemas kini secara atas talian.

    Audio Dolby Digital dan Dolby Atmos sudah tersedia di dalam projektor. Salah satu port USB-A menyokong sambungan USB 3.0 manakala yang kedua serasi dengan USB 2.0. Projektor PX1-Pro 4K boleh dibeli melalui laman rasmi Hisense Malaysia dengan harga RM29,999.

    Namun, berita baik kerana terdapat promosi sehingga 31 Oktober ini di mana ia boleh dibeli pada harga RM18,999 dengan skrin Ambient Light Rejecting (ALS) sebesar 100 inci dan RM14,999 tanpa skrin ALS.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured