fbpx
More

    Apple Watch Series 8 dan SE dilancar: Mod kuasa rendah, pengesanan suhu & kemalangan bermula RM1,199

    Hari ini, Apple telah melancarkan jam tangan pintar baharu iaitu Apple Watch Series 8 dengan ciri-ciri yang fokus pada kecergasan dan keselamatan pengguna. Menarik sekali, Apple Watch kali ini dapat membantu para wanita di luar sana memantau data ovulasi mereka.

    Apple Watch Series 8 baharu menawarkan saiz skrin yang sama seperti pendahulunya iaitu 41mm dan 45mm. Ia juga menawarkan paparan Sentiasa Hidup (Always-On) dan membawa ciri yang baru diperkenalkan iaitu  sensor suhu badan baharu. Dengan dua sensor suhu di mana satu di bahagian bawah dan satu di skrin, Apple Watch Series 8 akan menjadi asas untuk kesihatan wanita dengan menjejaki kitaran ovulasi.

    Selain itu, ia boleh mengesan kemalangan kereta dengan ciri Pengesanan Kemalangan baharu yang berfungsi sama seperti Pengesanan Jatuh. Sekiranya anda dikesan terlibat dalam kemalangan, ia akan menghubungi nombor kecemasan secara automatik. Ia menggunakan teknologi baharu dengan lebih banyak sensor giroskop.

    Daripada segi bateri, Apple Watch Series 8 hadir dengan bateri selama 18 jam dan boleh bertahan sehingga 36 jam sekiranya pengguna mengaktifkan sokongan mod kuasa rendah (Low Power Mode). Beberapa ciri peranti akan dimatikan secara automatik seperti kenal pasti automatik untuk senaman untuk membantu penyimpanan kuasa bateri.

    Berbeza daripada tahun-tahun lepas, Siri 8 akan membawa reka bentuk aluminium dan keluli tahan karat. Model aluminium: membawa warna Midnight, Starlight, perak dan merah manakala model keluli tahan karat membawa warna perak, emas dan graphite. Ia menggunakan watchOS 9 yang juga boleh didapati pada Apple Watch Series 4 dan lebih baru.

    Di samping itu, Apple mengumumkan ia akan mengekalkan perkongsiannya dengan Nike dan Hermès.  Ia akan mula dijual pada 16 September bermula pada harga RM1,899.

    Selain itu, Apple telah melancarkan Apple Watch SE generasi kedua yang menampilkan cip S8 yang sama boleh didapati pada Apple Watch Series 8, pengesanan kemalangan dan pilihan warna baharu. Sarung belakangnya direka bentuk semula dengan bahan komposit nilon warna baharu dan menghasilkan prestasi 20% lebih pantas. ‌

    Apple Watch SE‌ generasi kedua mempunyai warna Midnight, Starlight dan Silver bermula pada harga RM1,199. Pra-tempah dibuka hari ini dan mula dijual pada 16 September.

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti boleh pakai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X