fbpx
More

    Apple AirPods Pro 2 dilancar: Dilengkapi cip H2, ANC lebih kukuh, sistem kawalan baru bermula RM1,099

    Selain melancarkan siri telefon pintar iPhone 14 dan Apple Watch baharu dalam acara Far Out pada hari ini, Apple turut melancarkan model baharu untuk fon telinga wayarlesnya yang amat popular iaitu AirPods Pro 2nd Generation. Fon telinga ini menawarkan banyak penambahbaikan yang ketara berbanding model sebelumnya, seperti kualiti bunyi dan pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC).

    Penambahbaikan ini datang daripada cip H2 baru dalam AirPods Pro kali ini, di mana Apple mengatakan boleh membatalkan bunyi hingar sebanyak dua kali ganda berbanding model sebelumnya dan pada kadar 48,000 kali sesaat. Terdapat juga sebuah mod Adaptive Transparency yang boleh membatalkan bunyi bising daripada siren atau alatan bertukang.

    Apple juga mengemas kini kawalan sentuh untuk AirPods Pro, di mana pengguna kini boleh melaraskan tahap bunyi dengan meleret (swipe) pada batang AirPods.

    Daripada segi kualiti bunyi, AirPods Pro kali ini mempunyai pemacu audio low-distortion baharu dan amplifier dalaman khas. Ia akan menghasilkan bunyi dengan bass lebih mendalam dan bunyi yang jelas untuk jurang frekuensi yang luas. Apple juga memperkenalkan sarung telinga (ear tips) dengan saiz XS untuk telinga yang lebih kecil bagi mengekalkan kualiti pembatalan hingar dan audio.

    Untuk hayat bateri pula, Apple mengatakan pengecasan penuh boleh bertahan sehingga enam jam dengan ANC diaktifkan, atau sehingga 30 jam jika ANC dimatikan serta digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas. Bekas pengecas itu menyokong pengecasan wayarles MagSafe dan Qi serta boleh dicas menggunakan pengecas Apple Watch.

    Malangnya, pengecasan berwayar masih memerlukan kabel dengan port Lightning dan bukannya USB-C seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

    Bekas fon telinga ini boleh dijejak menggunakan fungsi Find My atau bunyi daripada pembesar suara yang terdapat di dalamnya. Terdapat juga sebuah cangkuk untuk tali lanyard dan rating kalis air.

    Apple AirPods Pro 2nd Generation akan dijual pada harga RM1,099 di Malaysia, namun setakat ini tarikh penjualannya masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X