More

    Kad Touch ’n Go NFC yang dinaik taraf kini boleh dibeli melalui Lazada pada harga RM10

    Mulai hari ini, kad Touch ‘n Go baharu boleh didapati secara rasmi di Lazada melalui kedai rasmi Touch ‘n Go eWallet di LazMall. Kad ini masih hangat dicari oleh orang ramai kerana ia memudahkan pengguna untuk menambah nilai melalui telefon pintar mereka dengan  keupayaan NFC.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Lazada mengumumkan bahawa kad TnG itu boleh dibeli pada harga runcitnya RM10 setiap satu menggunakan pembayaran Touch ‘n Go eWallet. Pelancaran kerjasama ini dibuat bersempena dengan Lazada 9.9 Brands & Beyond Sale yang berlangsung pada hari ini.

    Lazada menjelaskan dengan membeli melalui LazMall, pelanggan dijamin keaslian kad dan stok akan diisi semula secara beransur-ansur untuk menampung permintaan orang ramai. Sama seperti cara ia dijual pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet, setiap pengguna Lazada hanya boleh membeli satu Kad Touch ‘n Go baharu ini.

    Selain itu, Lazada juga mengumumkan bonus tambahan bagi mereka yang menyemak troli mereka semasa Jualan 9.9 menggunakan Touch ‘n Go eWallet akan layak menerima potongan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mengumpul dan menebus baucar khas di sini.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...