More

    iQOO Z6 Lite dilengkapi SD 4 Gen1 pertama di dunia bakal dilancar 14 September ini

    Qualcomm secara rasminya telah mengeluarkan cipset Snapdragon 6 Gen1 dan Snapdragon 4 Gen1. iQOO juga mengumumkan bahawa ia akan melancarkan iQOO Z6 Lite baharu di India pada 14 September dengan Snapdragon 4 Gen1 yang pertama di dunia.

    Menurut poster yang dikeluarkan oleh iQOO, Snapdragon 4 Gen1 menggunakan proses 6nm dengan frekuensi maksimum 2.0GHz, peningkatan 18.4% dalam prestasi CPU dan peningkatan 6.9% dalam prestasi GPU. Skor AnTuTu yang diperoleh ialah 388486.

    Difahamkan iQOO Z6 Lite dilengkapi dengan skrin titisan air (water drop) 120Hz, menyokong rangkaian 5G dan mempunyai modul imej segi empat tepat belakang. Daripada segi CPU, Snapdragon 4 Gen1 dilengkapi dengan dua teras besar A78 dan enam teras kecil A55.

    Qualcomm mendakwa bahawa prestasi CPU telah meningkat sebanyak 15%. Daripada segi GPU pula Snapdragon 4 Gen1 dilengkapi dengan GPU Adreno baharu. Qualcomm berkata prestasi GPU akan dipertingkatkan sehingga 10 peratus.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured