More

    Instagram akan perkenalkan fungsi “repost” secara rasmi

    Buat masa ini, jika para pengguna Instagram ingin mengirim semula atau repost sebuah gambar atau video, mereka sekadar boleh berkongsinya secara sementara di Instagram Story, atau memuat turun kandungan tersebut dan memuat naik semula di profil mereka sendiri.

    Sungguh pun begitu, Instagram akan memperkenalkan fungsi kiriman semula (repost) secara rasmi pada masa hadapan. Menurut penganalisis media sosial Matt Navarra, beliau berkongsi sebuah tangkapan skrin yang menunjukkan fungsi kiriman semula pada profil ketua Instagram, Adam Mosseri.

    Dengan fungsi kiriman semula, para pengguna boleh memuat naik kandungan gambar atau video oleh orang lain kepada profil mereka sendiri (feed) dengan lebih mudah. Fungsi seperti ini sudah pun ditawarkan dalam media sosial lain seperti retweet dalam Twitter dan repost dalam TikTok.

    Pihak Instagram telah mengesahkan kepada TechCrunch bahawa mereka sedang membangunkan fungsi kiriman semula dalam media sosial itu. Dalam sebuah kenyataan kepada TechCrunch, Instagram berekata fungsi ini membenarkan pengguna untuk berkongsi kandungan yang digemari, sambil memberi penghargaan kepada pencipta asal untuk kandungan tersebut.

    Fungsi kiriman semula ini akan diuji terlebih dahulu untuk sejumlah kecil pengguna Instagram.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured