More

    Netflix bekerjasama dengan Ubisoft untuk bangunkan 3 permainan video termasuk Assassin’s Creed

    Syarikat penstriman filem Netflix telah mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat permainan video ternama Ubisoft bagi membangunkan beberapa permainan video bermula tahun 2023.

    Seperti yang diumumkan dalam acara Ubisoft Forward baru-baru ini, kerjasama Netflix dan Ubisoft ini akan menghasilkan tiga permainan video yang dikhaskan untuk telefon pintar. Tiga game ini akan dibina untuk francais Valiant Hearts, Mighty Quest dan Assassin’s Creed.

    Permainan video mudah alih ini akan disediakan khas untuk para pelanggan Netflix dan ia tidak mempunyai iklan atau pembelian dalaman (in-app purchases). Setakat ini masih tidak jelas jika mereka yang tidak melanggan Netflix masih mempunyai akses kepada game-game ini atau tidau.

    Permainan video pertama adalah sekuel kepada game perang Valiant Hearts: The Great War dan akan dilancarkan pada Januari 2023. Permainan video seterusnya adalah sekuel kepada The Mighty Quest for Epic Loot yang akan turut dilancar pada 2023.

    Netflix turut menghasilkan sebuah game untuk francais popular Assassin’s Creed, namun mereka tidak menyatakan waktu pelancarannya. Di samping itu, mereka bakal menerbitkan sebuah siri televisyen yang bertemakan game tersebut.

    Ini adalah usaha terbaru daripada Netflix untuk menyertai industri permainan video, selepas mereka melancarkan Netflix Games untuk platform iOS pada November 2021. Sungguh pun begitu, Netflix Games gagal menerima sambutan yang menggalakkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan game daripada Netflix-Ubisoft dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured