More

    Siri Xiaomi 12T dan Redmi Pad mungkin akan dilancar pada akhir September 2022

    Berita tentang pelancaran siri Xiaomi 12T semakin hangat diperkatakan, terutamanya selepas ia dikesan dalam pengiktirafan SIRIM pada bulan lalu. Kini seorang pengkhabar berita teknologi ternama Abhishek Yadav menjelaskan bahawa siri Xiaomi 12T mungkin akan dilancar untuk pasaran antarabangsa seawal minggu hadapan.

    Siri Xiaomi 12T dijangka akan terdiri daripada Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro. Xiaomi 12T standard mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100, manakala Xiaomi 12T Pro pula mungkin dengan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Kedua-dua cipset ini adalah cipset telefon pintar tercanggih daripada Qualcomm dan MediaTek buat masa ini.

    Untuk kamera pula, Xiaomi 12T mungkin dilengkapi tiga kamera dengan kamera utama 108MP, manakala Xiaomi 12T Pro pula mungkin dengan kamera utama yang dilengkapi sensor Samsung HP1 200MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Kedua-dua telefon bakal dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10+. Xiaomi 12T Pro mungkin mempunyai resolusi yang lebih tinggi iaitu 1220×2712.

    Gambar Xiaomi 12T dan Redmi Pad yang tertiris

    Selain dua telefon ini, Xiaomi dijangka bakal melancarkan tablet mampu milik Redmi Pad dan fon telinga wayarles Redmi Buds 4 Pro. Redmi Pad bakal mempunyai skrin 11 inci dengan resolusi 2K, bateri 7,800mAh, pengecasan pantas 22.5W dan cipset MediaTek MT8781.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured