More

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia luluskan penggabungan Digi dan Celcom

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penggabungan Digi dan Celcom di bawah terma dan syarat tertentu. Ini termasuk pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Celcom sebanyak 1.24 bilion saham oleh Axiata kepada Digi pada harga RM17.76 bilion. Pemfailan Digi kepada Bursa Malaysia semalam juga menunjukkan syarikat itu menyenaraikan tambahan 3.96 bilion saham baharu di pasaran utama.

    Tambahan lagi, saham terbitan yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia akan meningkat kepada 59.9 peratus daripada 40.4 peratus seperti yang berlaku pada 31 Disember 2021 selepas cadangan penggabungan. Sementara itu, peruntukan untuk warga asing akan turun daripada 59.6 peratus kepada 40.1 peratus selepas penggabungan.

    Untuk rakyat Malaysia, 47.4 peratus akan diperuntukkan kepada bukan bumiputera berbanding 21.6 peratus sebelum penggabungan manakala peruntukan bumiputera akan menjadi 12.5 peratus menurun daripada 18.8 peratus. Kedua-dua syarikat telekomunikasi itu berkata SC meluluskan struktur ekuiti bumiputera di Digi berikutan langkah yang dicadangkan itu.

    Digi mengatakan bahawa Axiata adalah sebuah badan korporat bukan Bumiputera di mana kepentingan bukan bumiputera dalam Digi selepas penggabungan dikira berdasarkan jumlah bilangan saham yang dipegang pada 31 Disember 2021 dan 3.88 bilion saham baharu Digi berbayar penuh yang akan diserahkan kepada Axiata. 

    Digi turut berkata syarikat induknya Telenor Asia Pte Ltd adalah 100 peratus badan korporat milik asing. Selain itu, pemfailan itu juga menyatakan bahawa 73.38 juta saham baharu Digi berbayar penuh akan diserahkan kepada Telenor Asia selepas penggabungan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured