fbpx
More

    K-KOMM: Lebih 300,000 permohonan PerantiSiswa diterima, mungkin selesai pada November 2022

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata kementeriannya telah menerima lebih 300,000 permohonan untuk bantuan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dalam fasa satu dan dua.

    Buat masa ini, jadual penyerahan peranti untuk fasa satu sedang dijalankan dan K-KOMM ingin menyelesaikannya pada hujung bulan ini. Penyerahan fasa kedua dijangka akan bermula pada bulan Oktober dan selesai pada bulan November.

    Beliau berkata jumlah permohonan PerantiSiswa agak besar, mengakibatkan proses pengedaran yang lebih perlahan daripada perancangan asal. Permohonan yang ditolak pada fasa satu akan disemak semula jika pemohon memenuhi syarat untuk melayakkannya mendapatkan peranti pada fasa dua.

    Selain itu, K-KOMM juga akan mempertimbangkan situasi pemohon seperti ibu bapa bercerai, rekod asal bukan B40 dan ibu bapa hilang pekerjaan semasa wabak COVID-19.

    Semakan ini adalah perlu kerana terdapat ramai pemohon yang sebenarnya bukan daripada golongan berpendapatan rendah B40, justeru membuatkan mereka tidak layak menerima bantuan PerantiSiswa.

    Apabila universiti dibuka pada bulan Oktober nanti, persatuan pelajar dan pentadbir boleh membantu K-KOMM untuk membuat pengesahan berdasarkan rekod atau temu ramah secara fizikal.

    Pada awal bulan ini, sekitar 100,000 permohonan PerantiSiswa telah pun diluluskan. Para pemohon yang layak akan menerima sebuah tablet Samsung Galaxy A8 LTE bagi membantu mereka menjalankan pengajian di universiti serta menghadiri kelas dalam talian.

    Layari laman web PerantiSiswa untuk permohonan dan maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X