fbpx
More

    Xiaomi: Redmi K60 bakal dilengkapi ciri Dynamic Island

    Dengan pengenalan Dynamic Island pada siri iPhone 14 Pro, hampir tidak dapat dielakkan bahawa pembuat telefon untuk sistem operasi Android akan mengikuti langkah yang sama dengan mengambil kira ciri tersebut.

    Pembangun untuk MIUI Xiaomi sudah pun mengusahakan pelaksanaan ciri yang serupa dan kami mungkin melihat pelaksanaan rasmi pada Redmi K60 yang akan datang. Presiden Xiaomi China, Lu Weibing bertanya kepada pengguna jika mereka “benar-benar memerlukan Smart Island” di Weibo.

    Pelbagai jawapan yang diberikan pengguna di mana mereka ingin melihat Xiaomi menggunakan Dynamic Island manakala yang lain menentang pelaksanaannya. Pembangun MIUI telah pun memulakan ujian pada pelaksanaan Dynamic Island untuk kawalan muzik dan notifikasi.

    Kami boleh menjangkakan lebih banyak pembangunan akan dipertingkat. Menurut maklumat yang terdedah, siri Redmi K60 akan diperkenalkan pada Q1 tahun depan dan mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8+ dan Snapdragon 8 Gen2. Apakah pendapat anda tentang kemungkinan telefon pintar Android membawa ciri Dynamic Island pada peranti mereka?

    Kongsi pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (2a) akan dilancar dalam warna baharu, mungkin merah dan kuning

    Nothing Phone (2a) telah dilancar pada bulan Mac lalu sebagai telefon pintar kelas pertengahan pertama oleh Nothing dan ia ditawarkan dalam warna...

    Fahmi Fadzil umumkan WhatsApp AI Chatbot untuk kekang penyebaran berita palsu

    Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan sebuah chatbot yang dikuasakan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam platform permesejan WhatsApp bagi membendung...

    Liputan 5G di Malaysia kini cecah 85 peratus

    Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad, menyatakan capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencapai 85 peratus, sealiran dengan matlamat kerajaan...

    CelcomDigi tawarkan internet 1TB pada harga RM15 dan banyak lagi promosi sempena Hari Gaji...

    Sekali lagi, CelcomDigi menganjurkan promosi akhir bulan Hari Gaji Specials yang menawarkan pelbagai pelan telekomunikasi dan telefon pintar pada harga yang lebih...

    AEON Bank dilancar sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia

    Pada hari ini, AEON Bank (M) Berhad telah dilancar sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X