More

    ASUS umum GPU ROG Strix dan TUF Gaming GeForce RTX 40, bakal dilancar tidak lama lagi

    Tidak lama selepas NVIDIA mengumumkan GPU Siri GeForce RTX 40 terbaharu, ASUS tidak menunggu lama untuk mengumumkan kad grafik ROG Strix dan TUF Gaming baharu selaras dengan pengumuman tersebut. Oleh itu, GPU Siri ROG Strix GeForce RTX 40 dan siri TUF Gaming GeForce RTX 40 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

    Untuk ciri GPU Siri RTX 40, anda boleh klik di sini untuk membaca tentangnya. Bagi GPU Siri ROG Strix GeForce RTX 40, terdapat pilihan ROG Strix GeForce RTX 4090, ROG Strix GeForce RTX 4080 16GB dan ROG Strix GeForce RTX 4080 12GB. Sementara itu, TUF Gaming juga mengikut skema nama yang sama iaitu TUF Gaming GeForce RTX 4090, TUF Gaming GeForce RTX 4080 16GB dan TUF Gaming GeForce RTX 4080 12GB.

    Dengan ROG Strix GeForce RTX 4090, ASUS menambahbaik sistem pelepasan haba dengan heatsink yang besar dan plat belakang berventilasi supaya mereka boleh memasang kebuk wap baharu dengan 30% lebih luas berbanding model sebelum ini. Selain itu, kipas berteknologi Axial juga telah dinaik taraf dengan reka bentuk yang lebih tebal dengan tujuh bilah memberikan 3.8% lebih aliran udara dan 19.3% lebih tekanan.

    TUF Gaming GeForce RTX 4090 lebih tebal sedikit berbanding model ROG yang lain iaitu pada 3.65 slot dan sedikit lebih pendek dengan ukuran 348 mm. Terdapat lubang besar di tepi plat belakang yang membolehkan lebih banyak udara mengalir melalui sirip daripada kipas berteknologi Axial. Ia memberikan aliran udara 20% lebih banyak daripada keluaran sebelumnya dan menggunakan penyambung kuasa 16-pin standard PCIe 5.0 yang baharu.

    ASUS masih belum mengumumkan harga dan ketersediaan lagi untuk pasaran global termasuk Malaysia. Kami menjangkakan ia akan muncul pada 12 Oktober atau selewat-lewatnya November 2022 sama seperti jadual NVIDIA.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured