fbpx
More

    Apple beri amaran haptik papan kekunci pada iOS 16 mungkin jejaskan hayat bateri iPhone

    Kemas kini iOS 16 telah mendapat banyak tarikan pengguna iPhone. Walau bagaimanapun, dalam dokumen sokongan yang diterbitkan baru-baru ini, Apple memberi amaran bahawa ciri haptik papan kekunci baharu memberi kesan kepada hayat bateri iPhone anda.

    Papan kekunci iPhone anda boleh mengeluarkan bunyi atau bergetar semasa anda menaip setelah kemas kini kepada iOS 16. Tetapi anda perlu mengaktifkan ciri tersebut pada Tetapan (Settings), klik pada Bunyi & Haptik (Sounds & Haptics) dan pilih Maklum Balas Papan Kekunci (Keyboard Feedback).

    Syarikat itu tidak menawarkan sebarang butiran tambahan tentang kesan hayat bateri yang mungkin ada pada haptik papan kekunci iPhone anda. Kami menjangkakan ia hanya memberi kesan yang sedikit pada hayat bateri anda.

    Jika dilihat balik, ciri haptik papan kekunci ini tidak disepadukan dengan Mod Kuasa Rendah. Ini menunjukkan bahawa ciri tersebut tidak akan dilumpuhkan, walaupun jika anda mengaktifkan Mod Kuasa Rendah dan ingin menjimatkan bateri.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: AMD Ryzen 7 8845HS dan NVIDIA GeForce...

    Acer Malaysia telah memperkenalkan Acer Nitro V 16, komputer riba gaming mampu milik yang menampilkan pemproses siri AMD Ryzen 8000. Komputer riba ini dikuasakan oleh...

    Laporan IDC dedahkan HONOR menguasai pasaran telefon pintar di China

    Selain berita tentang ketersediaan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dalam pasaran Malaysia pada 5 Mei nanti, laporan terbaharu daripada International Data Corporation...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR tersedia di HONOR Experience Store terpilih pada 5 Mei...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang hangat diperkatakan ketika kemunculannya kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei...

    Astro bakal tayangkan semua perlawanan Liga Malaysia dalam HD, UHD secara percuma!

    Liga Malaysia musim baharu 2024/25 yang membawakan sebanyak 219 perlawanan bakal ditayangkan secara Definisi Tinggi (HD) di Astro bermula 10 Mei ini....

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X