More

    Celcom: Pakej Pair & Save, “trade-in” dan pelan pembelian siri iPhone 14 serendah RM43/bulan

    Siri iPhone 14 kini telah tiba di pasaran Malaysia. Seperti biasa, anda boleh dapatkan model iPhone 14 yang anda inginkan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom.

    Bergantung pada siri iPhone 14 yang anda beli, anda boleh mengambil pelan RM103 sebulan dengan Celcom MEGA pada 0% EPP. Anda juga boleh memilih untuk menukar (trade-in) telefon lama dan nikmati pembelian balik 50% pada harga yang lebih rendah daripada RM43 sebulan. Selain itu, anda boleh dapatkan siri iPhone 14 dengan faedah 0% melalui Pelan Pembayaran Mudah Celcom menggunakan kad Maybank dan CIMB.

    Celcom juga menawarkan pakej yang dipanggil Pair & Save kepada peminat iPhone di mana pembelian model siri iPhone 14 akan jadi lebih jimat jika anda membelinya bersama Apple Watch, AirPods Pro dan iPad. Anda boleh rujuk gambar di atas mengenai tawaran berdasarkan kontrak Celcom MEGA 188 selama 24 bulan.

    Bukan itu sahaja, anda boleh nikmati akses percuma Apple TV+ dan Apple Arcade selama tiga bulan serta sebulan percuma akses Blacknut Cloud Gaming untuk mana-mana pembelian siri iPhone 14. Ia merupakan perkhidmatan awan (cloud) dan anda boleh bermain beribu-ribu game dengan mudah pada bila-bila masa. Di bawah adalah butiran lanjut harga untuk pakej Celcom iPhone 14 yang lain.

    Klik pada pautan untuk ketahui lebih lanjut mengenai pelan siri iPhone 14 Celcom, pertukaran telefon lama untuk pembelian siri iPhone 14 dan dan soalan yang lazim ditanya (FAQ) kepada Celcom. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured