More

    Siri iPhone 14 di Digi Store, The Gardens Mall tawarkan diskaun sehingga 80%

    Akhirnya, siri iPhone 14 kini tiba untuk dibeli di semua syarikat telekomunikasi dan peruncit Apple yang sah. Anda boleh dapatkan siri iPhone 14 melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 dan banyak lagi.

    Digi mengatakan 14 pelanggan pertama yang membeli mana-mana model iPhone 14 baharu di Digi Store, The Gardens Mall boleh dapatkan harga kombo Apple Watch Series 6 GPS + Cellular 44mm dan kombo 128GB iPhone 12 Mini pada RM999 sahaja (penjimatan RM4,449). 

    Pelanggan ke 15 dan seterusnya boleh membeli iPhone 12 Mini 128GB dengan hanya RM1,550 (50% diskaun) sementara stok masih ada. Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di Digi Store, The Gardens Mall di Kuala Lumpur.

    Siri iPhone 14 boleh didapati dari RM142 sebulan tanpa bayaran pendahuluan atau caj faedah melalui program Digi PhoneFreedom 365. Anda juga boleh nikmati penjimatan sehingga RM1,171 pada iPhone dan menerima sehingga 135GB internet berkelajuan tinggi untuk semua akses dengan tawaran Juara Internet Malaysiaku.

    Selain itu, anda boleh menukar iPhone 13 lama dengan nilai terjamin sehingga RM4,080 melalui program tukar beli Digi untuk dapatkan siri iPhone 14 dengan PhoneFreedom 365 di mana-mana kedai Digi atau Digi Store Express.

    Anda juga boleh memilih pakej aksesori bermula daripada RM98 dan ke atas. Pakej ini terdiri daripada pelbagai aksesori termasuk sarung telefon, pelindung lensa kamera, pelindung skrin dan palam pengecasan pantas.

    Tawaran ini disediakan di Digi Stores seluruh negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured