More

    Apple mungkin tidak akan anjurkan acara pelancaran produk pada Oktober 2022

    Setiap tahun, Apple selalunya akan menganjurkan sebuah acara pelancaran pada bulan Oktober di mana syarikat itu akan melancarkan komputer Mac atau tablet iPad baharu. Sungguh pun begitu, pelancaran tersebut mungkin tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.

    Menurut wartawan Bloomberg, Mark Gurman, Apple tidak mempunyai jumlah produk yang cukup untuk menganjurkan sebuah pelancaran rasmi. Sebaliknya, syarikat teknologi itu hanya akan mengedarkan siaran akhbar kepada rakan-rakan media.

    Gurman berkata produk baharu yang akan diperkenalkan adalah:

    • Komputer Mac mini yang dilengkapi cip M2 dan M2 Pro
    • Komputer riba MacBook Pro berukuran 14 inci dan 16 inci, dilengkapi cip M2 Pro dan M2 Max
    • Tablet iPad Pro berukuran 12.9 inci dan 11 inci, dilengkapi cip M2
    • Set Apple TV dengan cip A14 dan RAM dipertingkatkan

    Beliau berpendapat bahawa semua produk ini bukanlah sesuatu yang besar untuk Apple. Produk-produk ini sekadar menampilkan cip baharu yang diperkenalkan dalam acara WWDC 2022 pada bulan Jun lalu, jadi ia mungkin tidak cukup mengujakan untuk membuat satu pelancaran rasmi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured