fbpx
More

    Logitech G502X dilancar di Malaysia: Tetikus “gaming” premium bermula RM319

    Pada hari ini, Logitech Malaysia telah melancarkan sepasang tetikus gaming premium baharu iaitu Logitech G502 X dan Logitech G502 X PLUS. Dua produk ini adalah penyambung kepada Logitech G502 yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan gamers.

    G502 X dan G502 X PLUS bakal dilengkapi suis mekanikal optik hibrid LIGHTFORCE untuk tindak balas yang lebih pantas dalam sesi gaming sengit. LIGHTFORCE menggabungkan faedah suis optikal dengan rasa penggerak suis mekanikal yang amat dinilai oleh pemain game.

    Ia menggunakan bahagian sentuhan galvanik dalam suis yang berfungsi seperti suis mekanikal untuk mengekalkan kesegaran semasa penggunaan. Suis ini menyediakan penggerak optik kependaman ultra-rendah yang boleh gabungkan ciri-ciri terbaik pada klik mekanikal yang tepat pada sentuhan.

    Selain kelajuan yang lebih pantas, suis ini juga akan bertahan dengan baik sepanjang hayat penggunaan tetikus. Ia turut mempunyai penderia berketepatan tinggi HERO 25K untuk ketepatan nisbah 1:1 pada tahab sub-mikro yang menawarkan tindak balas lebih cepat sebanyak 68 peratus.

    Pengguna boleh melaraskan tahap DPI, memasang aksesori bagi menyokong pelbagai saiz tangan dan gaya cengkaman dan memutarkan roda tatal dengan kestabilan yang lebih tinggi. Tetikus ini mempunyai rangka yang lebih nipis untuk mengurangkan berat, namun masih kukuh untuk digunakan sewaktu bermain game.

    G502 X ditawarkan dalam versi berwayar dan wayarles yang boleh dicas menggunakan USB-C. Semua tetikus ini boleh didapati dalam warna hitam dan putih.

    G502 X PLUS pula disertakan dengan LIGHTSYNC RGB iaitu pencahayaan 8-LED yang boleh berubah warna sewaktu bermain game, serta menunjukkan tahap penggunaan bateri.

    Logitech G502 X akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM319, manakala Logitech G502 X PLUS pula dijual pada harga RM689. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy Z Flip6 dan Fold6 mungkin akan dilancar pada 10 Julai 2024

    Pada tahun-tahun lalu, Samsung sering melancarkan telefon-telefon lipatnya yang terbaru dalam acara Galaxy Unpacked yang dianjurkan pada separuh tahun kedua. Perkara tersebut...

    OPPO A60 dilancar: Skrin 90Hz, Snapdragon 680, cas pantas 45W bermula ~RM1,040

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaannya yang terbaru di Vietnam iaitu OPPO A60. Telefon ini mempunyai reka bentuk yang agak menarik...

    Aplikasi RHB Mobile Banking tidak boleh lagi diguna untuk peranti iOS14 dan ke bawah

    Jika anda merupakan seorang pelanggan RHB Bank yang menggunakan telefon pintar iPhone, perlu diingati bahawa bermula bulan Jun 2024, aplikasi RHB Mobile...

    Fahmi Fadzil: Jangan sentuh isu 3R sewaktu pilihan raya

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (race, religion, royalty atau 3R) sepanjang...

    Petronas dan CelcomDigi berganding bahu untuk bawa pembaharuan dalam infrastruktur 5G

    Petronas dan CelcomDigi menggumumkan kerjasamanya selama dua tahun untuk memacu usaha transformasi tekno-digital negara melalui penggunaan 5G. Ia juga bertujuan untuk menyepadukan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X