More

    BNM: Bank perlu abaikan penggunaan kata laluan sekali (OTP) untuk transaksi dalam talian

    Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menggesa semua institusi kewangan untuk melaksanakan lima langkah tambahan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap pelbagai bentuk penipuan atau scam.

    Menurut gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, salah satu langkah tersebut adalah peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali sahaja (one-time password, OTP) yang berasaskan SMS kepada kaedah pengesahan identiti yang lebih selamat.

    Selain itu, bank perlu mengetatkan lagi peraturan pengesanan bagi menyekat transaksi melibatkan penipuan kewangan, dan menetapkan tempoh bertenang untuk pendaftaran perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama.

    Dua lagi langkah yang perlu diambil adalah mengehadkan satu sahaja peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan transaksi dalam internet, serta mewujudkan talian khusus untuk penipuan kewangan.

    Beliau menggariskan lima langkah ini dalam program Pameran Jenayah Kewangan yang dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). BNM juga akan terus menguar-uarkan maklumat terkini tentang penipuan kewangan melalui laman Facebook Amaran Scam.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penjenayah siber semakin licik dalam mengeksploit perubahan teknologi dan menjerat mangsa melalui pelbagai modus operandi baharu.

    Beliau juga berkata tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber masih berada pada tahap sederhana, dan ini menjadi salah satu punca mengapa kes jenayah siber semakin meningkat. Justeru, Pameran Jenayah Kewangan ini diharapkan boleh mendidik lebih ramai orang terhadap bahaya daripada penjenayah siber.

    Orang ramai dinasihatkan untuk melindungi maklumat peribadi mereka dan elak daripada memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang diragui.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured