More

    vivo Y73t 5G dilancarkan: Dimensity 700, bateri 6,000mAh dan cas 44W bermula ~RM912

    vivo baru-baru ini telah melancarkan vivo Y73t 5G di China. Telefon pintar terbaharu ini merupakan dalam kategori telefon pintar mampu milik segmen permulaan. Peranti ini menampilkan cipset MediaTek Dimensity 700 dan pilihan RAM 8GB atau 12GB.

    Menurut laman web rasmi vivo Cina, Y73t 5G memaparkan paparan LCD 6.58 inci dengan resolusi HD+ penuh dan kadar penyegaran standard 60Hz. Paparan juga mempunyai takuk titisan air untuk menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Bagi persediaan kamera utama, Y73t menampilkan persediaan dwi-kamera makro 50MP utama + 2MP di bahagian belakangnya. Keseluruhan modul kamera adalah segi empat tepat dan mempunyai denyar LED. Selain itu, peranti ini dikuasakan oleh bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W melalui port USB-C.

    Bagi pilihan warna, Y73t hadir dalam dalam warna hitam, biru atau oren. Spesifikasi penting telefon pintar lain termasuk bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, Android 12 dengan sistem operasi OriginOS Ocean, sambungan 5G dan dwi-SIM.

    Di China, Y73t berharga CNY1399 (~RM912) untuk varian 8/128GB, CNY1599 (~RM1045) untuk varian 8/256GB dan CNY1799 (~RM1176 untuk varian 12/256GB. vivo masih belum mendedahkan sama ada telefon pintar itu akan tersedia di luar China. Jika ia datang ke Malaysia, adakah anda berminat untuk membeli peranti itu?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured