More

    realme C33 dilancar di Malaysia: Unisoc T612, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh berharga RM599

    realme C33 yang diumumkan sebelum ini telah tiba di Malaysia. Dengan spesifikasi seperti kamera 50MP dan bateri 5,000mAh, nilainya pasti bertambah dan menjadi pilihan yang baik dalam segmen telefon peringkat permulaan.

    Peranti ini dilengkapi dengan skrin LCD 6.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 88.7%. Ia dilengkapi cipset Unisoc T612 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Sementara itu, bateri hanya menyokong pengecasan 10W dan ia mengecas melalui port microUSB.

    Tambahan, realme C33 membawakan persediaan dua kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan makro 2MP. Bahagian hadapan menggunakan sensor 5MP untuk kamera swafoto. Ciri lain termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, slot dwi SIM, Bluetooth 5.0, realme UI S berasaskan Android 12 dan banyak lagi.

    realme C33 boleh didapati pada harga RM559 dengan dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Night Sea. Ia akan mula dijual pada 7 Oktober ini melalui kedai dalam talian dan pengedar realme yang sah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured