More

    Telefon dengan cipset Dimensity 9000+ catat prestasi lebih pantas daripada Snapdragon 8+ Gen 1

    Perkhidmatan penanda aras (benchmark) popular untuk telefon pintar, AnTuTu, telah mengeluarkan keputusan penanda aras untuk telefon-telefon yang dilancar pada bulan September di China. Seperti yang boleh dijangka, kebanyakan telefon dalam senarai ini dilengkapi cipset kelas tertinggi, sama ada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000+.

    Apa yang menarik dalam senarai ini adalah telefon yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000+ merekodkan markah penanda aras yang lebih tinggi daripada Snapdragon 8+ Gen 1.

    Telefon yang mencatatkan markah tertinggi adalah ASUS ROG Phone 6D, di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000+. Varian yang digunakan dalam penanda aras ini mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB, mencatatkan mata setinggi 1,123,036.

    Sementera itu, semua telefon lain yang terdapat dalam senarai ini dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Ini termasuklah OnePlus Ace Pro, iQOO 10 Pro, Black Shark 7S Pro, Lenovo Legion Y70, iQOO 10, Motorola Moto X30 Pro, Xiaomi 12S pro, Redmi K50 Ultra dan Xiaomi MIX Fold 2.

    Ini mungkin menunjukkan bahawa kategori telefon pintar andalan Android mungkin akan menggunakan lebih banyak cipset MediaTek Dimensity pada masa akan datang. Sebelum ini, kebanyakan telefon kategori ini menggunakan cipset Snapdragon sahaja dan cipset MediaTek selalunya dilengkapkan dalam varian yang lebih rendah.

    Untuk kategori telefon kelas pertengahan pula, MediaTek mendominasi tempat tertinggi kerana hampir keseluruhan telefon dalam senarai ini dilengkapi cipset Dimensity. Ini termasuklah OnePlus Ace, OnePlus Ace Racing Edition, OPPO Reno8 Pro+, vivo S15 Pro, realme GT Neo 3, Redmi Note 11T Pro+, Redmi K50, OPPO K10 5G dan Redmi Note 11T Pro.

    Hanya satu sahaja telefon dilengkapi cipset Qualcomm iaitu vivo S15 yang mempunyai cipset Snapdragon 870 dan ia mendapat tempat terakhir.

    Adakah anda lebih gemar dengan telefon yang dilengkapi cipset MediaTek atau Qualcomm?Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured