More

    One UI 4.1.1 & One UI Watch 4.5 dilancar untuk siri Galaxy Z & siri Galaxy Watch sebelumnya

    Samsung mengumumkan kemas kini One UI 4.1.1 yang terkini yang akan disediakan untuk generasi terdahulu siri Galaxy Z. Selain itu, One UI Watch 4.5 juga akan dilancarkan kepada jam tangan pintar Galaxy model sebelumnya.

    Kemas kini perisian akan bermula dengan Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 bermula pada 5 September dan akan dilancarkan secara beransur-ansur untuk pasaran global. Selepas itu, One UI 4.1.1 akan diperluaskan kepada Galaxy Z Fold 2, Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold.

    One UI Watch 4.5 akan disokong pada Galaxy Watch 4, Galaxy Watch 4 Classic, Galaxy Watch 3 dan Galaxy Watch Active 2 pada ciri terpilih daripada kemas kini. Ini merupakan jangkaan daripada One UI 4.1.1 dan One UI watch 4.5:

    One UI 4.1.1
    • Produktiviti dan ciri kamera baharu
    • Bar tugas baharu untuk mengakses dan bertukar antara aplikasi
    • Berbilang browser pada Galaxy Z Fold
    • Dwi Pra-tonton : Paparkan imej pada skrin utama dan penutup
    • Peningkatan tangkapan pantas (Quick Shot) – pratonton dan ambil foto dalam nisbah sebenar pada skrin penutup Galaxy Z Flip
    • Fungsi baharu pada skrin penutup – buat panggilan, dail semula panggilan yang tidak dijawab, balas teks dengan suara-ke-teks dan emoji serta pilihan tetapan pantas
    One UI 4.5
    • Lebih banyak pilihan penyesuaian dan ciri tambahan
    • Enam muka jam tangan berwarna-warni, interaktif baharu dan palet warna baharu yang segar untuk siri Galaxy Watch4
    • Papan kekunci QWERTY baharu untuk siri Galaxy Watch4

    Bermula dari penghujung September ini, kemas kini baharu akan membolehkan pengguna Galaxy Watch 3 dan Galaxy Watch Active 2 juga menikmati beberapa ciri baharu siri Galaxy Watch 5 seperti pengesanan dengkuran untuk memberikan lebih banyak analisis kualiti tidur. Ia juga menyediakan dua muka jam baharu iaitu Nombor Gradien dan analog Pro.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured