More

    Kementerian Kesihatan lancar portal perkongsian data kesihatan KKMNOW

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan portal perkongsian data terbaharu yang bernama KKMNOW. Portal ini bukan sahaja bnoleh memaparkan data kesihatan yang diperolehi daripada fasiliti KKM, malah daripada kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata portal ini diharapkan boleh meruntuhkan cara kerja silo (secara bersendirian) dalam kalangan agensi kerajaan serta memudahkan kumpulan penyelidik dan pembuat dasar untuk mendapatkan data kesihatan.

    Antara data sumber terbuka yang boleh didapati ialah stok ubat di seluruh negara, data bank darah, penggunaan katil hospital, statistik terkini berkenaan penyakit dan masa tindak balas ambulans daripada MERS999.

    Pada masa hadapan, skop data KKMNOW akan diluaskan kepada maklumat fasiliti kesihatan, pendermaan darah, pendermaan organ, saringan kesihatan, PeKa B40 dan data penyakit berjangkit.

    Bagi membangunkan KKMNOW, KKM bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan mengambil iktibar daripada kejayaan portal COVIDNOW yang dilancar pada September 2021. Ini akan membantu rakyat untuk memantau kemudahan kesihatan awam yang disediakan mengikut daerah dan negeri.

    Beliau turut berkata sektor swasta boleh memanfaatkan data KKMNOW untuk memacu daya inovasi, menjana nilai ekonomi dan merancang perkhidmatan yang boleh melengkapkan perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan.

    Dalam pada itu, keselamatan data KKMNOW masih dilindungi di bawah akta, dasar dan pekeliling berkaitan seperti Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).

    KKMNOW boleh diakses melalui laman web https://data.moh.gov.my/. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured